Pages

Monday 21 October 2013

Kembung atau Buncit?? ELAKKAN MAKANAN INI!!

Makanan yang kita makan sering menyebabkan pengumpulan gas di dalam perut. Jika dibiarkan, ia boleh menurunkan tahap kesihatan kita. Berikut adalah makanan-makanan yang perlu dihindari bagi mengelakkan perut kembung yang tidak selesa :

Makanan pedas
- Makanan pedas memang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan membuat rasa lebih nikmat. Namun, makanan pedas juga boleh mempengaruhi proses pencernaan dan menyebabkan rasa panas di dalam perut

Makanan pati
- Makanan dalam bentuk pati seperti beras, jagung, gandum, roti dan sebagainya memang boleh menyebabkan perut berasa kembung. Hal ini kerana karbohidrat mengambil waktu untuk dicerna dan dalam masa yang sama, kita sering mengambil banyak makanan yang mengandungi karbohidrat setiap hari.

Kubis
-  Kubis memang baik untuk kesihatan. Namun, kajian mendapati kubis mengandungi gas yang boleh membuat perut kembung.

Buah-buahan
- Ada sesetengah orang mengalami masalah dengan fruktosa dalam buah-buahan. Bila anda sering berasa kembung setelah makan banyak buah-buahan, itu berkemungkinan fruktosa tidak cukup baik untuk perut anda. Namun tidak mengapa, makanlah buah kegemaran anda secara perlahan-lahan agar anda tidak cepat kembung perut.

Makanan bergoreng
- Makanan ini memang cukup enak untuk dimakan. Tapi sayangnya, makanan jenis ini juga boleh menyebabkan perut menjadi kembung. Hal ini demikian kerana, minyak yang bersifat panas dan makanan bergoreng yang sering kali dibuat daripada pati tepung. Jadi, kurangkan makan makanan bergoreng agar tidak mengumpul gas di dalam perut.

Makanan ringan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi
- Hindari makanan seperti snek yang mengandungi garam dalam kuantiti yang tinggi. Hal ini kerana, walaupun enak dimakan, namun sodium dalam makanan tersebut menyebabkan air tertahan dan lebih banyak gas yang akan terkumpul di dalam perut.

Produk susu
- Kandungan laktosa dalam minuman susu juga boleh membuat perut kita menjadi kembung dan sering mengeluarkan gas. Hal ini biasanya disebut lactose intolerance yang mirip dengan mereka yang bermasalah dengan fruktosa.

No comments:

Post a Comment