Pages

Thursday 24 October 2013

8 Kunci Utama - aBadi bErsAhaBat

Di dalam kehidupan setiap individu, persahabatan pasti membawa maksud yang tersendiri di dalam kehidupan. Kehadiran mereka yang bernama sahabat bukan sahaja dapat mengisi hari-hari bahagia individu, malahan kehadiran mereka juga dapat dijadikan sebagai tempat sandaran di kala kesusahan atau kesedihan sedang melanda diri.

Namun kenyataan yang harus kita terima adalah dua sahabat merupakan dua individu yang berbeza yang sudah pasti memiliki sikap dan keinginan yang berbeza di antara satu sama lain. Ternyata untuk mempertahankan hubungan persahabatan yang terjalin itu tidak semudah yang kita sangka. Tetapi ia bukan bermaksud yang kita tidak perlu berusaha untuk mempertahankan hubungan persahabatan yang sekian lama telah terjalin. Berikut adalah 8 kunci utama yang perlu kita amalkan dalam menjalinkan hubungan persahabatan  yang sihat sekali gus membantu kehidupan kita menjadi lebih ceria.

1) Bersikap terbuka adalah satu landasan penting yang harus diamalkan dalam sebuah hubungan persahabatan. Sebuah hubungan  persahabatan yang sihat pasti akan bebas dari perasaan dendam dan bersalah. Jika timbul sebarang masalah dalam hubungan persahabatan, berbincanglah mengenainya secara terbuka.

2) Layan sahabat kamu seperti mana kamu ingin diri kamu dilayani olehnya. Jadi, bila kamu ingin si sahabat berada di sisi sewaktu kamu berada di dalam keadaan sedih, lakukanlah perkara yang sama terlebih dahulu terhadap diri sahabat kamu itu.

3) Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Saling menerima kekurangan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik. Namun dalam masa yang sama, masing-masing perlulah cuba membantu antara satu sama lain untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri. Lantaran itu, kita haruslah bersikap terbuka dalam memberi dan menerima kritikan.

4) Hargai pendapat satu sama lain. Berbeza pendapat itu memang tiada salahnya. Namun setiap sahabat perlulah bijak menguruskannya agar salah faham tidak berlaku.

5)  Sahabat bukanlah individu yang akan mendampingi kita selama 24 jam dan 7 hari seminggu kerana masing-masing ada kehidupan sendiri. Jadi jangan berasa kecil hati jika si sahabat sedang sibuk dengan ahli keluarganya atau rakan-rakannya yang lain.

6) Komunikasi memang perlu kerana komunikasi yang berkesan mampu membentuk sebuah hubungan persahabatan yang harmoni.

7)  Belajarlah mengenali antara satu sama lain agar hubungan menjadi lebih sihat.

8) Jangan jadikan 'kekasih' sebagai penghalang untuk kamu terus bersahabat. Bahagikan masa dengan sebaik-baiknya agar semua pihak mampu menikmati kebahagiaan bersama.

No comments:

Post a Comment