Pages

Tuesday 8 October 2013

15 MINIT BENTUK KEYAKINAN DIRI

Assalammualaikum..

Pasti kamu semua pernah mendengar cadangan yang meminta kamu untuk bersikap dan bertindak dengan penuh rasa yakin pada diri sendiri. Rasa yakin pada diri memang diakui memiliki banyak pengaruh dalam berbagai aspek dalam kehidupan kita. Membina rasa yakin pada diri memang tidak semudah mengucapkannya, bahkan orang yang paling yakin pada diri pun masih juga ada berasa sangsi dengan dirinya. Tapi sebenarnya kita semua dapat tampil dengan penuh yakin dengan cara yang mudah bahkan membentuknya dengan dalam tempoh yang singkat. Berikut hal-hal yang perlu dilakukan untuk membina rasa yakin pada diri kamu dalam masa 15 minit. Walaubagaimanapun sebelum kamu mempraktikkan tiga strategi tersebut, pertama sekali yang harus kamu lakukan bagi membentuk rasa yakin, kamu harus mengenali secara rambang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan KEYAKINAN DIRI itu sendiri. Berikut dinyatakan apa sebenarnya KEYAKINAN DIRI :

1) BERSIKAP TENANG
- Dalam setiap situasi, emosi memainkan peranan yang penting. Masukkan terlalu banyak emosi berdasarkan pengalaman-pengalaman kamu yang lalu akan membuatkan emosi kamu makin mendidih. Walau bagaimanapun kamu boleh dikategorikan sebagai orang yang yakin pada diri sendiri jika mampu bersikap tenang dalam menghadapi berbagai situasi yang berbeza.

2) BERTOLERANSI
- Bahagian kedua untuk membentuk rasa yakin adalah mampu bersikap 'rileks' saat menghadapi ketidakpastian atau keliru dalam membuat keputusan. Jika kamu dapat mentoleransikan ketidakpastian itu, ianya sudah cukup menggambarkan kamu seorang yang memiliki keyakinan dalam menghadapi apa pun.

3) JANGAN FIKIRKAN SESUATU YANG TIDAK PASTI
- Sebagai contoh, pada sebuah pertemuan kamu membayangkan sesuatu yang indah dan si dia pasti akan teruja dengan penampilan kamu namun apabila berada di sana ianya berbeza dengan apa yang kamu bayangkan. Itu menunjukkan betapa sebenarnya imaginasi kamu tidak boleh dipercayai! Berhentilah mereka-reka suatu keadaan melalui imaginasi kamu dan membayangkan apa yang orang lain fikir tentang diri kamu. Inilah yang sentiasa membuatkan kamu diselubungi rasa khuatir dan hilang keyakinan.

4) FAHAMI ISTILAH 'APA YANG KAMU HARAP, ITULAH YANG KAMU DAPAT'
- Otak merupakan bahagian dari tubuh yang memerlukan tujuan yang jelas untuk diproses. Maka otak akan melaksana dan menyelesaikan setiap tugas-tugas yang telah disusun. Namun, sekiranya kamu gagal menyelesaikan tugas-tugas tersebut dengan baik, itu adalah kesilapan kamu sendiri kerana otak hanya melakukan apa yang kamu arahkan. Andainya kamu susun setiap tugas dengan baik, otak juga akan melakukannya dengan baik. Sekarang fahami betapa pentingnya merancang tugas-tugas yang tersusun dalam otak kamu. Kamu perlu mengetahui bagaimana melakukan ini dengan jelas. Hipnotis yang bagus akan 'memprogram' otak kamu melalui imaginasi. Jika kamu membayangkan keyakinan diri yang kuat, dan bersikap santai ketika melakukan tahap hipnotis sederhana, maka kamu sudah cukup kuat untuk mendorong diri melakukan apa saja.

ADA 3 STRATEGI SEDERHANA UNTUK MENIMBULKAN RASA YAKIN PADA DIRI DENGAN CEPAT:

Langkah pertama
- Fikirkan secara terperinci tentang waktu/tempat/situasi di mana kamu memerlukan rasa percaya pada diri. Ingat 'percaya diri' tidak memiliki erti apa-apa sehingga kamu melekatkannya dalam sesuatu yang spesifik.

Langkah kedua
- Kemudian mulai fokus dengan kata-kata yang tepat dalam fikiran kamu, tentang gambaran bagaimana kamu ingin bersikap di waktu dan tempat yang kamu inginkan. Mungkin kata-kata seperti tenang, rileks, @ fokus berguna buat kamu. Ingat, otak kita bekerja dalam penjelasan yang positif.

Langkah ketiga
- Seterusnya, tutup mata selama mana kamu inginkan dan fikirkan bagaimana kata-kata itu mempengaruhi diri kamu. Lalu, bayangkan situasi itu dal latih dalam fikiran kamu aliran rasa yakin pada diri dengan rileks. Cara ini berguna untuk menjalankan 'tugas' bagi fikiran bawah sedar kamu. Lakukan latihan ini sekerap mungkin sehingga kamu benar-benar berjaya membentuk keyakinan diri...

No comments:

Post a Comment