Setiap wanita pasti ingin memiliki kulit yang halus dan mulus. Namun, tidak ramai yang mengetahui tips atau langkah-langkah paling tepat untuk merealisasikan impian tersebut. Lantaran itu, saya ingin berkongsi petua bagaimana untuk mendapatkan kulit yang halus.
BAHAN-BAHAN :
1) Segelas jus lemon
2) Beberapa batang kayu manis
3) Dua sudu makan minyak zaitun
4) 1/4 gelas susu
CARA-CARA MEMBUATNYA :
1) Campurkan kesemua bahan di atas di dalam sebuah bekas.
2) Kemudian, masukkan campuran tersebut ke dalam bath tub dan berendam selama 15 minit sambil menyogok-gosok badan dengan perlahan.
3) Selepas itu, bilas dengan air bersih dan bersabun dan mandi seperti biasa.
* Amalkan selama beberapa minggu dan kamu akan lihat perubahannya. Kulit kamu akan terasa lebih halus daripada sebelumnya.
* SELAMAT MENCUBA!